Sunday, August 9, 2009

PANDUAN CARA MAKAN IKUT SUNNAH NABI SAW

June 10, 2009 By: PakarHowTo Category: Panduan
Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?
1. Pahala yang berlipat ganda
2. Keberkatan.
Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.
1. 1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Faham?Hmmm..susah saya nak terangkan melalui tulisan ini. Apa2pun, cuba tengok gambar ni.

Duduk makan cara sunnah...
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
Ada orang tanya saya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.
Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.
2. Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
3. Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’.
Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
5. Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.
9. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu
Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.
Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat
1. PAHALA
2. KEBERKATAN.
Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW?

TIADA HADIS SAHIH BICARAKAN MALAM NISFU SYAABAN...

Tiada hadis sahih bicarakan malam Nisfu Syaaban
Posted by: nurjeehan in Akidah, Ibadah & Doa, Tazkirah

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Di samping itu, terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.

Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyakkan ibadat. Tidak ada hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan dianjurkan pada malam itu.

Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma’qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.

Maksud doa itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra‘d , ayat 39)

Jelas di sini percanggahan nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya pemohon berkata, jika tertulis di sisi Allah di dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah di dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.

Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan di dalamnya.

Pada masa sama, ucapan doa itu bertentangan dengan adab berdoa seperti digariskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: Ya Allah ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu antaranya solat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah, bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca pelbagai doa dan zikir yang ma’thur.

- Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.

AMALAN SEPANJANG BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:

Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.


Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w..

Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:

Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".

Banyak melakukan amalan takwa dan taat.

Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".

Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.

Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.

Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.


Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.

“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Surah as-Syura: 30).

Syaaban, Persediaan Menempuh Ramadhan...

Syaaban, persediaan menempuh Ramadhan...

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. (at-Taubah : 36).

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.

Abu Bakrah menceritakan bahawa Nabi SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata: Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).

Bulan dalam bahasa Arab disebut Al-Syahru yang bermaksud zaman atau masa iaitu merujuk kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan dirasmikan penggunaan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah:

lMuharram erti diharamkan, kerana ia adalah bulan pertama daripada empat bulan yang diharamkan berperang dalam Islam.

lSafar pula ertinya kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.

lRabiulawal dan Akhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau.

lJumada Ula dan Jumada Akhir, erti Jumada itu ialah membeku di mana waktu ini biasanya berlaku musim sejuk yang menyebabkan air membeku. Asal perkataan Jumada ialah ‘Jamada’ yakni membeku.

lRejab pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka mengadakan gencatan senjata di bulan ini sebagai memuliakannya.

lSyaaban bererti pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar pada bulan setelah duduk lama di rumah pada bulan Rejab. Mereka juga keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

lRamadan bererti panas, kerana kebiasaannya pada waktu dahulu pada bulan ini berlaku cuaca panas.

lSyawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan.

lZulkaedah merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

lZulhijjah pula dikaitkan dengan kebiasaan kaum Arab ke Kaabah menunaikan haji pada bulan ini.

Berdasarkan makna setiap bulan yang dinyatakan pastinya masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Termasuklah juga dengan bulan Syaaban.

Ketibaan bulan Syaaban seharusnya disambut dengan azam dan komitmen untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan dan kebajikan. Sebabnya hidup seorang muslim hendaklah sentiasa berubah kepada keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sebagai Muslim sewajarnya kita mengetahui apakah kelebihan bulan Syaaban agar ketibaannya dapat dihayati dengan sebaiknya.

MEMANFAATKANNYA

Keistimewaan ini juga menunjukkan kepada kita bagaimana Islam sangat mementingkan soal masa. Di mana ada saat-saat tertentu yang mempunyai fadilat yang khusus dan jika tidak diambil kesempatan untuk memanfaatkannya akan berlalu begitu sahaja serta tiada peluang lagi untuk dikembalikan.

Menyentuh tentang kelebihan bulan Syaaban terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan tentangnya.

Antaranya: Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menganggap ia tidak berbuka, dan ia berbuka sehingga kami menganggap ia tidak berpuasa dan aku tidak pernah melihat baginda menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan dan aku juga tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Aisyah r.a. juga berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat (sunat) baginda akan sentiasa terus melakukannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Abu Salamah r.a. pula berkata: Aku pernah bertanya Aisyah r.a. tentang puasa Rasulullah s.a.w. lalu dijawab: Bahawa Nabi berpuasa sehingga kami berkata memang ia berpuasa dan ia berbuka sehingga kami berkata memang ia berbuka, dan aku tidak pernah melihatnya berpuasa lebih banyak daripada bulan Syaaban, ia pernah berpuasa sebulan pada bulan Syaaban dan pernah juga ia berpuasa sedikit pada bulan Syaaban. (riwayat Muslim).

Di dalam riwayat yang lain Ummu Salamah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa berturut-turut melainkan pada bulan Syaaban dan Ramadan. (riwayat Tirmidzi).

Aisyah r.a. juga meriwayatkan bahawa bulan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW berpuasa ialah bulan Syaaban kemudian disambung ke bulan Ramadan. (riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Bagi mereka yang ingin berpuasa di bulan Syaaban sebaiknya dimulakan dari awal bulan Syaaban. Ini kerana terdapat larangan berpuasa dihujung Syaaban bagi mereka yang tidak pernah berpuasa di awalnya.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila sudah tinggal separuh dari bulan Syaaban maka janganlah kamu berpuasa.

Berdasarkan hadis ini para ulama menyatakan adalah ditegah jika seseorang berpuasa di hujung Syaaban kerana ingin menyambungnya terus dengan puasa di bulan Ramadan.

Berkenaan dengan hikmah atau rahsia menunaikan ibadah di bulan Syaaban, terdapat hadis-hadis sahih yang menceritakannya. Antaranya:

Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan seperti mana kamu berpuasa pada bulan Syaaban. Jawab Nabi SAW: Itulah bulan di mana manusia mengabaikannya iaitu bulan antara Rejab dan Ramadan (Syaaban). Ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat kepada Tuhan sekelian alam dan aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa. (riwayat Nasai dan Ahmad)

Abu Musa al-Asyaari pula menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah melihat (amalan hamba-hamba-Nya) pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan dosa semua makhluk-Nya (hamba-Nya) kecuali syirik dan orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya). (riwayat Ibnu Majah)

Abdullah bin Amru juga pernah meriwayat bahawa Rasulullah bersabda: Allah melihat kepada makhluknya pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan hambanya kecuali dua iaitu orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya) dan pembunuh. (riwayat Imam Ahmad)

Demikianlah beberapa hadis yang menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dan pertengahan bulan Syaaban atau Nisfu Syaaban sebagai pintu masuk kepada ketibaan bulan yang lebih istimewa iaitu Ramadan.

Pelaksanaan ibadah bulan Syaaban adalah satu kebebasan kepada umat Islam tanpa dikhususkan kepada amalan-amalan tertentu atau dengan cara yang tertentu kecuali nas yang menggalakkan berpuasa sunat.

Oleh itu, di samping ibadah puasa, bolehlah juga dilakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah, berzikir, qiamullail dan sebagainya.

Di samping itu, elok juga di bulan Syaaban ini kita membuat persiapan menyambut ketibaan bulan yang penuh barakah iaitu Ramadan. Pada kebiasaannya umat Islam menghias rumah dan membuat persiapan awal bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri sebaliknya persiapan Ramadan tidak diambil berat. Sedangkan hari raya cuma sehari, puasa Ramadan pula sebulan lamanya.

Sebaiknya bulan Syaaban dibuat persediaan bagi menempuh Ramadan. Persiapan sama ada dari sudut ruhiah yakni dengan membiasakan diri dengan puasa dan ibadah lain di samping persiapan fizikal seperti menghias rumah, menyediakan pakaian baru dan mengadakan ruang khusus untuk beribadat di rumah.

Bulan Syaaban juga elok dijadikan saat untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah dan berdoa agar dikurniakan sifat istiqamah serta kesihatan supaya dapat menghayati sepenuhnya bulan Ramadan yang bakal tiba.

Doa Imam Besar Mekah Hingga Menangis...

Doa Imam besar Mekah hingga menangis...
(Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut ... semuga ALLAH menetapkan Imannya.

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.
Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.

Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.

Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.

(berhenti 30 saat) Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,

Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,

Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.

Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.

Amin Ya Rabbal 'alamin!

FAKTA MENARIK...

Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah,

berikut ini dipersembahkan sebagai renungan

* Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

*Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

*Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sedia ada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

*Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan
adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

*Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

*Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

*Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.

* Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

* Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt
selama lima jam.

* Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

* Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

* Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

* Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

* Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

* Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

* Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

* Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

* Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

* Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

* Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

* Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

* Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

* Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

* Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

* Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

* Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam system solar.

* Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

* Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

* Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Wednesday, April 16, 2008

SEMANIS GULA...

Risiko pengambilan gula berlebihan
Berikut adalah beberapa cara bagaimana gula boleh memusnahkan hidup anda jika diambil secara berlebihan. Ia dikumpulkan daripada pelbagai jurnal perubatan dan penerbitan saintifik.
1. Gula mempercepat proses penuaan
2. Melemahkan daya tahan badan melawan penyakit berjangkit
3. Menjadi makanan sel-sel kanser dan dikaitkan dengan perkembangan kanser payu dara, ovari, prostat, rektum, pankreas, saluran hempedu, paru-paru, pundi kencing dan perut
4. Menyumbang kepada obesiti
5. Meningkatkan adrenalin secara mendadak menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, sukar menumpukan perhatian, cemas dan berfikiran aneh
6. Trigliserid dan kolesterol jahat meningkat dengan ketara manakala kolesterol baik berkurangan
7. Tisu hilang kekenyalan dan fungsi
8. Meningkatkan tahap glukos, menyebabkan hipoglisemia reaktif
9. Melemahkan daya penglihatan
10. Pelbagai masalah saluran gastrousus seperti saluran pencernaan berasid, ketidakhadaman, malresapan di kalangan pesakit yang mengalami kesukaran usus, meningkatkan risiko penyakit Crohn's dan kolitis ulseratif
11. Ketagihan alkohol
12. Air liur menjadi berasid, kerosakan gigi dan penyakit periodontal
13. Penyakit autoimun seperti artritis, asma, sklerosis multipel
14. Membantu pertumbuhan jangkitan yis Candida Albicans yang tidak terkawal
15. Penyakit batu karang
16. Apendisitis
17. Buasir
18. Vena varikos (pembuluh darah mengembung, memanjang dan berbelit-belit)
19. Meningkatkan tindak balas glukos dan insulin bagi pengguna pil kontraseptif/perancang
20. Menyumbang kepada osteoporosis
21. Mengurangkan sensitiviti insulin, oleh itu menyebabkan tahap insulin yang tinggi dan tidak normal dan lama-kelamaan diabetes
22. Mengurangkan tahap vitamin E
23. Meningkatkan tekanan darah sistolik
24. Menyebabkan mengantuk dan mengurangkan aktiviti kanak-kanak
25. Memusnahkan protein dalam badan
26. Mengganggu penyerapan protein
27. Alahan makanan
28. Toksemia/keracunan darah semasa hamil
29. Ekzema/radang kulit pada kanak-kanak
30. Aterosklerosis (penyakit pada pembuluh darah ke jantung) dan penyakit kardiovaskular/jantung
31. Merosakkan struktur DNA
32. Meminda struktur protein dan menyebabkan pengubahan kekal terhadap cara protein bertindak dengan tubuh
33. Kulit menjadi tua disebabkan oleh perubahan struktur kolagen
34. Katarak dan rabun dekat
35. Emfisema (udara dalam tisu)
36. Melemahkan homeostasis fisiologi sistem-sistem dalam badan
37. Mengurangkan kebolehan enzim berfungsi
38. Pengambilan gula adalah lebih tinggi di kalangan pesakit Parkinson's
39. Meningkatkan saiz hati dengan cara membahagikan sel-sel hati. Ia juga boleh meningkatkan jumlah lemak hati
40. Buah pinggang menjadi besar dan menghasilkan perubahan patologi buah pinggang seperti batu karang
41. Merosakkan pankreas
42. Meningkatkan pembendungan cecair dalam badan
43. Musuh nombor satu pergerakan usus (membuang air besar atau kecil)
44. Memberikan kesan terhadap lapisan kapilari/pembuluh darah yang sangat kecil
45. Tendon rapuh
46. Sakit kepala, migrain
47. Mengurangkan keupayaan belajar, gangguan pembelajaran di kalangan kanak-kanak
48. Meningkatkan gelombang otak delta, alfa dan teta sekali gus menjejaskan kebolehan berfikir dengan jelas
49. Kemurungan
50. Meningkatkan risiko penyakit gout dan Alzheimer
51. Ketidakseimbangan hormon seperti peningkatan estrogen lelaki, memburukkan sindrom prahaid dan mengurangkan pertumbuhan hormon
52. Pening
53. Meningkatkan radikal bebas dan tekanan oksidatif
54. Meningkatkan dengan ketara lekatan platelet di kalangan pesakit vaskular periferal
55. Risiko yang meningkat dua kali ganda untuk melahirkan bayi pramatang
56. Gula merupakan bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan memabukkan seperti alkohol
57. Memberikan kesan terhadap penghasilan karbon dioksida jika diberikan kepada bayi pramatang
58. Kurang mengambil gula pula boleh meningkatkan ketidakstabilan emosi
59. Badan anda mengubah gula menjadi dua hingga lima kali lebih berlemak di dalam aliran darah berbanding kanji
60. Penyerapan pantas gula menggalakkan pengambilan makanan berlebihan di kalangan orang obes
61. Memburukkan gejala kanak-kanak yang mengalami ADHD
62. Menjejaskan komposisi elektrolit air kencing
63. Memperlahankan fungsi buah pinggang
64. Merangsang proses metabolik tidak normal di kalangan individu yang sihat dan menggalakkan penyakit degeneratif/kemerosotan kronik
65. Memberikan air gula secara intravena (ke dalam vena) memutuskan bekalan oksigen ke otak
66. Meningkatkan risiko polio
67. Tarikan sawan
68. Tekanan darah tinggi di kalangan orang obes
69. Di unit rawatan rapi (ICU), mengehadkan pengambilan gula boleh menyelamatkan nyawa
70. Mendorong kematian sel
71. Di kem-kem pemulihan semula juvenil di mana kanak- kanak diberikan diet rendah gula, terdapat 44 peratus penurunan dalam tingkah laku antisosial
72. Dehidrasi/kehilangan/kekurangan air di kalangan bayi baru lahir
73. Penyakit gusi.
(Nancy Appleton, Pengarang buku Lick The Sugar Habit)

Monday, November 26, 2007

KLIP - TUHAN YANG ESA

KLIP - SETANGGI SYURGA

KLIP - KERANA CINTA

10 WASIAT IMAM SYAFIE


10 Wasiat Imam Syafie
10 WASIAT IMAM SYAFIE


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.


"PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatankata ustaz ismail kamus:kalau kamu menyayangi seseorg...tinggallah sedikt kbencian kpdnya kerna kmgkinan kelak org yg kamu syg tu menyebbkan kamu mderita krnnya.dan sekiranya kamu mbenci seseorg itu..mk tggallah sdikt kasih syg utknya kerana mana tahu org yg kamu benci tulah yg mberi kbhagiaan kpdmu kelak
Tips Menguatkan Daya Ingatan
Tips Menguatkan Daya IngatanPosted on Wed 30 Nov 2005 by MiraKimura (207 reads)Antaranya ialah:
1. Amalkan Tidur Yang Cukup1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

2. Mengawal TekananTekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

3. Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan TambahanSesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

4. Bersenam. Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

5. Elakkan Kemurungan. Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

6. Awasi Pengambilan UbatDaya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

7. Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

8. Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

9. Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.Katakan Berulang KaliUntuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

10. FokusDaya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

11. Bermain Dengan Angka.
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

12. Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Sunday, August 26, 2007

GANJARAN SEDEKAH

GANJARAN SEDEKAH

Rasullullah s.a.w. telah bersabda "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.
3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.
4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda
:- adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah

Tuesday, February 6, 2007

Cucilah Hatimu....


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Istighafar keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)

Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subahat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.
_________________
Hate me or love me, but spare me your indifferent..

Nota Kompak KH Ting. 1 (semua bab)

1.1.1 STRUKTUR ORGANISASI BENGKELBAB 1 : ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan
• Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.

1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.

1.1.1 STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL

•Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.
Guru Kemahiran Hidup
Kumpulan A
• Ronaldinho
• Kaka

Kumpulan B
• Lampard
• Rooney
Kumpulan C
• Petr Cech
• Fabregas
Kumpulan D
• Thierry Henry
• Shevchenko
Formen/Ketua Kumpulan
Penolong Formen/Penolong Ketua Kumpulan


1.1.2 Langkah Keselamatan

•AMALAN 4M

1. Membersih
- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat
-Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
-Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek
-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.
-Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu :
a. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)
- Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering
- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair

- Mesin Pemampat Udara
digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi.
2. Menyusun Atur
-Guna alat mengikut kegunaannya
-Simpan alat di tempat yang betul
-Menilai Diri dan Tempat Kerja
-Pencahayaan yang cukup
-Peredaran udara yang baik
-Lantai kering dan tak berminyak
-Mendisiplin
-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri


3.Menilai Diri dan Tempat Kerja
-Pencahayaan yang cukup
-Peredaran udara yang baik
-Lantai kering dan tak berminyak

4.Mendisiplin
-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri




KESELAMATAN AM
1. Keselamatan Bengkel
-Lantai tak licin
-Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru
2. Keselamatan Diri
-Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel
-Memakai apron dan kasut getah
3. Keselamatan Alatan
-Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak
-Gunakan alatan mengikut fungsinya
4. Keselamatan Penggunaan Elektrik
-Pastikan tangan tidak basah
-Jangan menggunakan peralatan yang rosak


PENGELASAN ALAT PEMADAM API

•Kelas A (jenis air)
-Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas
-Kelas B (jenis Buih)
-Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat
-Kelas B & C (jenis karbon dioksida)
-Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya
-Kelas A, B dan C (jenis serbuk kering)
- Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C

1.1.3 Etika dan Budaya Kerja

•Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja
•Etika kerja temasuk :
-Menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh
3. Budaya kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja


BAB 2 : REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

2.1 Pengenalan Reka bentuk dan Teknologi
2.1.1 Definisi Rekabentuk : susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk

Definisi Teknologi : pengajian dan pengetahuan dalam usaha manusia mencipta pelbagai jenis alat, sumber dan teknik.


2.2 Faktor Rekabentuk :
•Fungsi – menepati kehendak pengguna
•Rupa bentuk – saiznya sesuai , tepat dan menarik
•Kesesuaian bahan – tak melebihi kos
•Kaedah pembinaan – cara pembuatan yang sesuai
•Ketahanan – boleh digunakan lama
•Kos produk – berpatutan
•Kemasan – hiasan menarik
•Faktor keselamatan – mesra pengguna dan alam
•Bernilai komersial – dapat dipasarkan
2.3 Jenis Bahan dan Pengikat
2.3.1 Bahan :
•Kayu
- bahan utama dalam pembinaan perabot
- contoh kayu ialah cengal, meranti, jelutung dan sepetir
- saiz ditentukan mengikut tebal, panjang dan lebar

Saiz kayu :

•Papan Lapis
- lapisan kayu nipis yang diglu
- ketebalan : 3 – 32 mm
- saiz : 1220 dan 2440 mm
- perabot, dinding bilik

•Medium Density Fibreboard (MDF)
- papan gentian yg dimampat dengan glu
- saiz : 2440 – 1220mm
•Mounting Board
- diguna dalam pembinaan model
- saiz : 610 x 1220mm / 610 x 910mm

Kelebihan dan Kelemahan Bahan

2.3.2 Pengikat
•Paku
- Mencantum kayu / kepingan logam pada kayu
-Diperbuat daripada keluli lembut
-Saiz mengikut panjang batangnya
-2 jenis: a. paku kepala rata b. paku panel
-Memaku serong lebih kuat berbanding memaku tegak.

-Skru
-Memegang/merapatkan kepingan kayu, logam dan engsel
-Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum dan loyang
-2 jenis: a. skru kepala bulat b. skru kepala benam
-Cara menskru :
a. skru beralur lurus – guna pemutar skru rata
b. skru beralur palang – guna skru philips

•Glu
-Melekatkan dua bahan supaya kukuh
-2 jenis:
a. Glu PVA – melekatkan kepingan kayu
b. Glu sentuh – melekatkan bahan yang berlainan(plastik dengan kayu/plastik dengan logam



2.4 Alatan Tangan dan Mesin
2.4.1 Alatan Tangan
Kriteria pemilihan alatan :
1. kesesuaian saiz alatan dengan bahan
2. kemahiran mengendalikan alatan
3. keselamatan
4. kemudahan mendapatkan alatan


JENIS ALATAN TANGAN



2.4.2 Mesin
1. Mesin Gerudi Mudah Alih
- membuat lubang kayu dan logam lembut
- saiz mesin ditentukan oleh diameter mata gerudi
- mata gerudi pintal diperbuat daripada keluli tahan lasak
- 2 jenis :
a. kuasa elektrik (berwayar)
b. kuasa bateri (tanpa wayar)
- bahagian utama mesin:
a. bindu – memutar mata gerudi
b. motor – memutar bindu

MESIN GERUDI MUDAH ALIH

•Mesin Gerudi lantai
- membuat lubang pada kayu atau logam
- saiz mesin mengikut diameter mata gerudi
- benda kerja diapit pada ragum untuk digerudi
- bahagian utama mesin:
a. pelaras meja – melaraskan aras meja gerudi
b. takal – mengawal kelajuan putaran bindu
c. tuas pemasuk – menurun/menaikkan bindu
d. bindu – melonggar/mengetat rahang
e. rahang – mencengkam mata gerudi

- langkah keselamatan :
a. pakai apron b. pakai kasut
c. kunci bindu dengan kemas
d. gunakan gogal e. apit benda kerja pada ragum
f. laraskan meja gerudi

MESIN GERUDI LANTAI

2.5 Proses Reka Bentuk
2.5.1 Lukisan Projek
-Ada 4 langkah melukis projek :

1. Lakaran 3D
- lakaran ini menunjukkan gambar sebenar projek.
- contoh lakaran : lukisan oblik dan lukisan isometri
LAKARAN 3D OBLIK
LAKARAN 3D OBLIK

2. Lakaran 2D
- menunjukkan bentuk objek dalam dua atau tiga pandangan,iaitu pandangan hadapan, pandangan sisi dan pandangan atas(pelan)
- contoh lakaran : lukisan ortografik
- kedua-dua lakaran 2D dan 3D boleh juga dilakar dalam bentuk perspektif (lakaran menunjukkan pandangan objek mengikut aras mata.)
- lakaran dilukis dalam bentuk perspektif satu titik atau perspektif dua titik

LAKARAN PERSPEKTIF 1 TITIK
LAKARAN BEBAS PERSPEKTIF 2 TITIK
LAKARAN 2D ORTOGRAFIK

3. Mendimensi Lakaran
- dimensi lakaran menunjukkan ukuran sebenar projek
- penting untuk kerja mengukur dan menanda

4. Memilih Lakaran Yang Paling Sesuai
- pemilihan berpandukan kriteria rekabentuk yang dicadangkan.

2.5.2 PEMBINAAN PROJEK

•Proses Mengukur
-mengukur berpandukan kertas projek
-Alat digunakan : pembaris keluli, pita pengukur dan sesiku L
-Tujuan : hasilkan ketepatan pengukuran

2. Proses Menanda
-Ditanda bahagian yang ingin dipotong, digerudi atau buat tanggam
-Alat digunakan : pensil, pisau penanda dan tolok penanda




3. Proses Memotong
-Alat memotong kayu/papan : gergaji tangan atau gergaji puting digunakan
-alat memotong papan lapis/mounting board : pisau pemotong
-Penorehan dengan pisau dilakukan pada papan lapis tebal untuk mendapatkan potongan yang kemas semasa menggergaji

4. Proses Membina dan Mencantum
-Merangkumi kerja pembinaan tanggam, mengglu, memaku dan memasang skru

5. Membuat Tanggam
-Membuat cantuman untuk menghasilkan produk
-Jenis tanggam : tanggam temu, tanggam parit(untuk papan) dan tanggam lekap(sesuai untuk kayu tebal)


6. Mengglu
-Bersih bahagian yang akan diglu, glu pada kedua-dua bahagian projek dan apit pada ragum

7. Memaku
-Tukul dipegang pada hujung hulu
-Kepala tukul sentiasa lurus ketika menukul

8. Menskru
-Jika guna skru kepala benam : buat lubang benam dengan mata gerudi benam ros
-Benam kepala skru sehingga rata dengan permukaan kayu


2.5.3 KEMASAN

Kemasan: proses menyapu bahan kemasan (cat,syelek,tona kayu)
-Tujuan menyapu bahan kemasan :
a. kelihatan cantik
b. selamat digunakan
c. lebih tahan lama
d. mudah untuk dibersihkan
-Alat kemasan :
a. berus cat - cuci berus dengan turpentin
b. berus syelek - cuci guna spirit metil
c. pengikis - untuk mengikis karat, menyumbat tepung penyumbat. Saiz mengikut lebar hujung pengikis
d. Kertas las – untuk melicin, menghilangkan kesan calar kayu. Dibuat daripada kayu api, garnet, kaca,bahan tiruan(silikon karbida dan aluminium oksida)




e. tepung penyumbat – menyumbat liang kayu

-Bahan Kemasan
a. Cat Licau – hasilkan permukaan licin dan berkilat. Cat ini kalis air dan dilarutkan dengan turpentin
Tiga kaedah menyapu cat licau iaitu kaedah berus cat, kaedah semburan mesin pemampat udara dan kaedah semburan tin.
b. Syelek – untuk melindungi dan mencantikkan projek
- dilarutkan dengan spirit metil

c. Tona Kayu
- untuk mengemas permukaan kayu
- sapu lapisan tona kayu dan biar kering. Gosok dengan kertas las dan sapu lapisan tona kayu yang kedua.
d. Lekar
- mengilatkan kayu
- diperbuat daripada selulosa
- dilarutkan dengan thinner
- lekar disapu selepas syelek, mencegah kayu menjadi calar
e. Pelekat
- setelah dilekat, sapu selapisan lekar
- guna glu sentuh atau glu PVA

2.6 REKABENTUK PROJEK

2.6.1 Pernyataan Masalah Atau Keperluan
•Kenalpasti Masalah/Keperluan
- Contoh : masalah untuk simpan buku, masalah meletakkan alatulis dengan kemas
•Cadangan Rekabentuk
-Cadangan : reka rak buku
-Mengumpul Maklumat dan Data
-Jumlah buku, saiz sesuai, kegunaan, bahan, bahan kemasan dan kos.


4. Menyenaraikan Pelbagai Allternatif Penyelesaian Masalah dalam Bentuk Lakaran Bebas
-Penyelesaian masalah : peta minda, sumbangsaran, perbincangan, lakaran,lawatan

2.6.2 Perancangan, Pembinaan dan Pengubahsuaian Projek
-Menyediakan jadual kerja
-Tujuan : kerja secara sistematik dan elak pembaziran
-Menyenaraikan Bahan dan Alatan Tangan
-Pemilihan bahan berdasarkan fungsi dan kesesuaian produk
-Membuat Projek Berdasarkan Lukisan Kerja yang Dipilih
-Mengikut saiz, ukuran, bahan dan rekabentuk



•Menguji dan Menilai Produk
-Penilaian kualiti dan aspek keselamatan
-Berfungsi dan ikut spesifikasi
-Mengubahsuai Projek
-Kecacatan dan kelemahan perlu dibaiki

2.6.3 Pendokumentasian
-Mengumpul, menyimpan dan merekod maklumat projek seperti lakaran, jenis bahan, kemasan dan proses pembuatan di dalam fail
-Mengira Kos Projek
-Kos pengeluaran : segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk hasilkan produk

-Kos pengeluaran: kos bahan + kos upah + kos overhead
-Kos bahan – bahan mentah
-Kos upah – bayaran tenaga kerja
-Kos overhead (sampingan) – bil air, bil elektrik, gas, pengangkutan dan bil telefon

•Membuat persembahan Projek
-Menerangkan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan projek
-sediakan carta, gambar dan buku folio


RINGKASAN


BAB 3 : ELEKTRIK
3.1 SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK
3.1.1 SUMBER ELEKTRIK
A. Kemagnetan B. Tindakan kimia
C. Cahaya

•Kemagnetan Sebagai Sumber Elektrik
-Hasilkan elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar
-Contoh :
a. Prinsip Kendalian Dinamo
- 3 bahagian dinamo : magnet kekal, teras besi dan gegelung wayar
- gegelung wayar dibuat daripada lilitan wayar kuprum


- dinamo dikendalikan atas prinsip aruhan magnet
- Magnet di dalam dinamo basikal berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar
- teras besi mengembangkan medan magnet

b. Turbin
- turbin : alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim atau angin
- turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal, menggerakkan pam air dan penjana elektrik
- rotor : bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar. Gandar dihubungkan dengan penjana elektrik.


•Tindakan Kimia Sebagai Sumber Elektrik
-Contoh :
a. Sel Kering
- voltan sebanyak 1.5 volt
- karbon : punca positif
- elektrolit : campuran ammonium klorida dan mangan dioksida.
- zink : punca negatif
- tindakbalas kimia antara elektrolit dan bekas zink menghasilkan arus elektrik

Jenis- Jenis Sel

b. Sel Basah
- tenaga lebih tinggi dari sel kering
- guna dalam kenderaan bermotor (kereta, bas)
- boleh dicas semula
- contohnya sel asid plumbum terdiri daripada :
i. plumbum peroksida – elektrod positif
ii. Plumbum – elektrod negatif
iii. Asid sulfurik – elektrolit (bahan kimia dalam sel yang dapat hasilkan tenaga elektrik semasa tindakbalas kimia.
- sel asid plumbum berkuasa 6 dan 12 volt


•Cahaya Sebagai Sumber Elektrik
-Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima cahaya.
-Sel foto yang terima cahaya matahari akan hasilkan tenaga elektrik
-Jika keamatan cahaya tinggi, arus elektrik juga tinggi


3.1.2 KEGUNAAN ELEKTRIK

•Hasilkan Haba
-Tukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba
-Contoh alat : seterika, periuk nasi, cerek

-Hasilkan Tenaga Kinetik
-Tukar tenaga elektrik tenaga kinetik
- Contoh : mesin basuh, kipas angin
-Hasilkan Cahaya
-Tukar tenaga elektrik tenaga cahaya
-Contoh, lampu ada 2 jenis :
-a. Lampu pijar b. Lampu pendarflour


- lampu pijar :
- guna filamen untuk menukar tenaga elektrik kepada tenaga cahaya
- Lampu pendarflour :
- tiub lampu pendarflour berisi gas argon dan merkuri
- arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri menghasilkan sinaran ultra ungu, tukar cahaya putih bila terkena lapisan fosfur

•Hasilkan Bunyi
-Tenaga elektrik tenaga bunyi
-Alat : televisyen, pembesar suara, radio


3.2 JENIS WAYAR DAN KERJA PENDAWAIAN
3.2.1 ALATAN TANGAN
•Pena Ujian
-Kegunaan : menguji, mengesan kebocoran elektrik dan mengetatkan skru kecil
-Apabila pena ujian tersentuh pada wayar hidup, lampu neon di dalamnya akan menyala

-Pemotong Sisi
-Kegunaan : memotong wayar elektrik


•Playar Muncung Tirus
-Kegunaan : memegang benda kecil, memotong dawai, membentuk kaki komponen

-Playar Gabung
-Kegunaan : memegang benda bulat, memotong, membentuk dawai

E Penjalur Wayar
-2 jenis : a. penjalur wayar mudah
b. Penjalur wayar spring
- Kegunaan : menjalur dan memotong wayar

3.2.2 JENIS WAYAR

•Wayar Kuprum Berenamel
- Kegunaan : membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer
•Wayar Lembar Tunggal (berpenebat)
-Kegunaan : membuat pendawaian litar mudah seperti radio

-Wayar Teras Tunggal (berpenebat)
-Diperbuat dari lembaran halus dan lembaran kasar
-Lembar halus : mudah lentur, untuk pendawaian di radio dan pembesar suara
-Lembar kasar : untuk pendawaian litar elektrik di rumah

•Wayar Teras Kembar
-dua wayar teras tunggal yang dilekatkan
-Untuk pendawaian radio, soket dan tv

-Wayar Tiga Teras
-2 Jenis ;
a. berpenebat PVC – untuk pendawaian perkakas elektrik yang tak hasilkan haba(kipas angin, peti sejuk)
b. berpenebat PVC serta beranyaman benang – untuk pendawaian alat elektrik yang menghasilkan haba (ketuhar, seterika, cerek)

3.2.3 JENIS PLAG

•Plag 2 Pin 2 Ampere
-Menggunakan wayar teras kembar
-Ada dua tamatan : teras hidup(L) dan teras neutral (N)
-Alat : radio, pencukur elektrik

-Plag 3 Pin 13 Ampere
- Ada 3 tamatan : tamatan dawai hidup (L), dawai neutral (N), tamatan dawai bumi (E)
-Fius katrij 13A dipasang di dalam plag ini untuk keselamatan

-Plag 3 Pin 15 Ampere
-Pinnya bulat dan tidak berfius
-Untuk kelengkapan elektrik berkuasa tinggi(pemanas air dan pendingin udara)


3.2.5 FIUS
-Fungsi : melindungi litar dan perkakas elektrik
-Fius di dalam plag akan melebur dan arus elektrik terputus jika arus itu terlalu tinggi
-Fius disambung pada tamatan hidup (L)
-Fius ditentukan mengikut arus iaitu 2A, 5A, 10A, 13A
-Ada 2 jenis :
-a. Fius Dawai
-Berbentuk dawai dan kadarannya tetap
-Fius yang lebur boleh diganti
-Pemegang fius diperbuat daripada seramik dan bakelit
-B. Fius Katrij
-Fius yang tebakar diganti dengan fius kadaran yang betul


3.2.6 LAMPU PENDARFLOUR
Bahagian Lampu Pendarflour
•Tiub Pendarfluor
-Diperbuat daripada kaca berisi merkuri dan gas argon
-Dindingnya disalut dengan lapisan fosfur
-Dihujung tiub ada 2 pin elektrod yang mengalirkan arus ke tiub

2. Perumah
-Mengandungi pemegang tiub, cok dan suis penghidup

-Cok
-Kegunaan : 1. untuk membekalkan voltan tinggi
2. Menstabilkan voltan selepas lampu menyala
•Pemegang Tiub
-Terletak pada hujung perumah
-Berfungsi menyangga tiub pendafluor

-Pemegang Suis Penghidup
-Berfungsi untuk menempatkan suis penghidup

-Suis Penghidup
-Berfungsi menghidupkan lampu
-Tidak berfungsi lagi setelah lampu dihidupkan

Kerosakan Lampu Pendafluor


3.2.8 Membaca, Menterjemah Litar Pendawaian dan Membuat Pendawaian Lampu Pendafluor
RINGKASAN BAB 3



PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKALBAB 1 : ELEKTRIK
•1.1 JENIS LITAR ELEKTRIK

1.1.1 Pemasangan Litar Siri
–Litar siri adalah susunan komponen yang membolehkan arus elektrik mengalir satu arah sahaja.
–Jika ada litar yang terbuka, litar tidak berfungsi

1.1.2 Mengukur Voltan dan Arus Dalam Litar Siri
–Nilai voltan susut bagi setiap beban elektrik



–Formula mendapatkan jumlah voltan ialah :


Memasang dan Membaca Voltmeter
- Voltan disukat menggunakan voltmeter
- Ada 2 jenis voltmeter :
i. Voltmeter arus terus (DC)
ii. Voltmeter arus ulang alik (AC)
-Contoh pengiraan :



Memasang dan Membaca Ammeter
-Arus dalam litar siri adalah sama
-Formula mengira jumlah arus dalam litar siri ialah


-Ammeter digunakan untuk mengukur arus elektrik
-Didapati dalam julat 0 – 500mA, 0 – 1A dan 0 -10A
-Pilih ammeter yang bersesuaian untuk ukur arus ulang alik dan arus terus

1.1.3 Mengira Jumlah Rintangan Dalam Litar Siri
-Formula mengira jumlah rintangan ialah :
Rj = R1 + R2 + R3
-Contoh pengiraan :
-Jika 3 perintang iaitu R1, R2 dan R3 disambung secara siri seperti dalam rajah di bawah. Berapakah jumlah rintangan litar ini?
Rj = R1 + R2 + R3
Rj = 10 ohm + 30 ohm + 50 ohm
Rj = 90 ohm
1.1.4 Pemasangan Litar Selari
•- Litar selari adalah litar yg membenarkan arus elektrik mengalir lebih daripada satu laluan.
•- jika ada mana-mana wayar yang terputus pada satu laluan, arus elektrik masih dapat mengalir melalui laluan lain.
1.1.5 Mengukur Voltan dan Arus Dalam Litar Selari
-Nilai voltan dalam setiap beban elektrik adalah sama. Jumlah voltan dalam litar selari boleh dikira seperti formula berikut :


-Nilai arus dalam litar selari adalah tidak sama
-Setiap laluan arus bergantung kepada nilai rintangan yang mungkin berbeza.
-Formula untuk mengira arus litar selari adalah
Ij = I1 + I2 + I3


1.1.6 MENGIRA JUMLAH RINTANGAN DALAM LITAR SELARI

- Jumlah rintangan dalam litar selari akan berkurangan kerana terdapat banyak laluan arus.
-Lagi banyak laluan arus, lagi kurang jumlah rintangan dalam litar.
-Formula untuk kira jumlah rintangan adalah :
1
Contoh Pengiraan Jumlah Rintangan Dalam Litar Selari
Dalam Rajah sebelah, perintang R1, R2 dan R3 disambungkan secara selari. Berapakah jumlah rintangan dalam litar tersebut?
1

1.1.7 MEMBANDING BEZA LITAR SIRI DENGAN LITAR SELARI

1.2 Penggunaan Meter Pelbagai
•Meter pelbagai digunakan untuk menguji litar elektrik atau elektronik.
•Meter ini adalah gabungan volmeter, ammeter dan ohmmeter
•Ada 2 jenis meter pelbagai iaitu jenis analog dan digital

1.2.1 Bahagian Utama Meter Pelbagai
•Skala – digunakan untuk menentukan bacaan bagi setiap penggunaan meter ini.
•Jarum Penunjuk – menunjukkan bacaan pada skala
•Skru Pelaras Sifar – untuk melaraskan penunjuk meter pada bacaan sifar.
•Pelaras sifar ohm – untuk melaraskan penunjuk meter kepada bacaan sifar semasa uji rintangan

•Prob Negatif dan Prob Positif – digunakan untuk menguji komponen elektrik. Prob negatif hitam dan prob positif warna merah
•Tombol pemilih Julat – untuk memilih julat meter seperti julat voltan arus terus, arus ulang alik dan julat rintangan
•Julat – kadar sukatan yang hendak diukur
1.3 Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik
Komponen dalam unit kawalan utama terdiri daripada :
•Fius Perkhidmatan – dihubungkan kepada wayar hidup dan berfungsi mengawal bekalan jika arus elektrik berlebihan.
•Meter Kilowatt-Jam (kWj) – berfungsi menyukat dan merekod jumlah tenaga elektrik yang telah digunakan. Milik TNB.
•Suis Utama – fungsinya untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik ke seluruh rumah. Ia juga mengawal arus elektrik yang berlebihan.
•Pemutus Litar Bocor Bumi, Pemutus Litar Arus Baki, Pemutus Litar Miniatur – semua ini adalah alat-alat keselamatan untuk memberi perlindungan kepada perkakas elektrik dan pengguna. Alat ini memutuskan bekalan elektrik secara automatik jika berlaku kebocoran elektrik/litar pintas.


•Kotak Agihan Berfius – berfungsi sebagai pengagih litar dan mengawal bekalan arus berlebihan. Kotak ini mengandungi fius yang berfungsi memutuskan litar elektrik jika arus berlebihan.
•Apabila arus berlebihan mengalir melalui fius, wayar fius akan melebur
g. Berikut adalah jenis-jenis fius dan kadar kawalannya

1.4 Kuasa Elektrik
1.4.1 Maksud Kuasa Elektrik – kuasa adalah kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik. Kerja yang dihasilkan adalah dalam bentuk cahaya, haba, bunyi dan gerakan. Kuasa diukur dalam unit watt (W)

1.4.2 Mengira Kuasa Elektrik
- Kuasa yang digunakan bergantung pada nilai voltan dan arus. Formula mengira kuasa adalah : P = V + I
Iaitu : P = kuasa
V = voltan
I = arus

Kuasa Peralatan Elektrik
- Setiap alat elektrik dilabel dengan plat perincian. Plat ini menunjukkan kadar kuasa alat elektrik tersebut
-Contoh pengiraan :
-Berapakah kuasa yang digunakan dalam litar yang berikut ?



•Sebuah radio berlabel 100 W/240 V. Berapakah nilai arus elektrik yang digunakan?

Kuasa = Voltan x arus
Arus = Kuasa
Voltan
I = P
V

= 100 W
240 Volt
= 0.42 A



BAB 2 : ASAS ELEKTROMEKANIKAL

2.1 Pengenalan Pergerakan Mekanikal
•Pergerakan mekanikal ialah sistem yang membolehkan barang berfungsi, bergerak atau berputar
•Pergerakan dihasilkan secara manual(mesin pengisar air batu), enjin(mesin pemotong rumput, mesin pembancuh simen) atau motor elektrik(mesin gerudi, mesin basuh)

2.1.2 Jenis Pergerakan Mekanikal
Pergerakan mekanikal ada 2 jenis :
•Gerakan lurus
•Gerakan putaran


•Gerakan Lurus
-Sistem sesuatu objek yang bergerak dalam satu garisan lurus.
-Arah pergerakan tak berubah, perubahan hanya berlaku pada arah halaju sahaja.
-Pergerakan mekanikal digunakan untuk memindahkan input, melalui proses untuk hasilkan pergerakan lain iaitu output.


B. Gerakan Putaran
-Terjadi apabila sistem sesuatu objek berpusing.
-Contohnya : mesin gerudi, mesin jahit.

2.1.3 Takal Dan Tali Sawat
•Takal dan Tali Sawat digunakan dalam mesin jahit, mesin gerudi, mesin gergaji meja.
•Tali sawat menghubungkan takal pemacu dengan takal dipacu.
•Takal berfungsi untuk memindahkan gerakan atau kuasa.
•Contoh penggunaan takal : kren, mesin basuh, lif.
•Cara menambah atau mengurangkan kelajuan sistem takal dan tali sawat :
-Bagi mendapatkan kelajuan rendah, guna takal bersaiz besar
-Bagi mendapatkan kelajuan tinggi, guna takal bersaiz kecil


2.1.4 GEAR
-Gear berfungsi sebagai
a. penghantar kuasa atau penggerak mesin menerusi Aci yang memegang gear ini.
b. Penghubung bahagian yang berputar
c. Penukar kelajuan mesin
-Jenis-jenis Gear :
1. Gear Taji
- untuk memindahkan tenaga antara aci yang selari (kit robot, kereta mainan)
2. Gear Serong
- untuk memindah tenaga daripada satu aci kepada aci lain yang bersudut.(mesin gerudi tangan)
3. Gear Belitan
- digunakan untuk mengurangkan kelajuan dan memindah tenaga putaran aci pada sudut bersilang.(gear pada jaring tenis,sepana boleh laras.)

4. Gear Rak dan Pinan
- digunakan untuk memindahkan gerakan putaran kepada gerakan lurus atau sebaliknya.
- contoh : stereng kereta, gerudi meja, pintu pagar bermotor.
5. Gear Heliks
- untuk sistem gear kereta
- berbentuk heliks dan mempunyai sistem kelajuan tinggi.

2.2 Pengenalan Pergerakan Elektromekanikal

•Elektromekanikal ialah satu sistem yang menggunakan tenaga elektrik dan komponen elektronik yang kompleks.
•Contoh peralatan : kamera, pemacu cakera, mesin layan diri.
•Peralatan elektromekanikal menggunakan sistem pemprosesan berikut :

Perbezaan Antara Sistem Mekanikal dan Sistem Elektromekanikal
Sistem Mekanikal

Menggunakan tenaga manual/enjin/tangan
Binaannya mudah
Tidak mempunyai komponen elektronik

Sistem Elektromekanikal
Menggunakan tenaga elektrik atau bateri
Binaannya kompleks dan sukar dicipta
Mempunyai komponen elektrik

Sunday, February 4, 2007

Nota Kompak Ting.2 Bab 1

BAHAGIAN TERAS : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
BAB 1 : Reka bentuk dan Penghasilan Projek
BAB 2 : Elektronik BAB 3 : Lukisan Teknik

BAB 1: REKABENTUK DAN PENGHASILAH PROJEK
1.1 FAKTOR REKABENTUK
1.1.1 Faktor Utama Reka Bentuk
a. Reka bentuk bermaksud suatu usaha membuat susunan bahan secara terancang untuk menghasilkan suatu produk baru.
b. Terdapat beberapa faktor dalam memilih reka bentuk iaitu
1. fungsi • berfungsi kepada pengguna
2. rupa bentuk - menarik perhatian
3. kesesuaian bahan • bahan murah dan senang didapati
4. kaedah pembinaan • cepat dan mudah dibina
5. tahan lasak dan tak mudah rosak 6. kos produk berpatutan 7. kemasan menarik dan bersesuaian
8. keselamatan • tak membahayakan pengguna 9. bernilai komersial

1.2 JENIS BAHAN DAN PENGIKAT

1.2.1 Saiz, Sifat dan Penggunaan Bahan Terdapat beberapa jenis bahan seperti aluminium, keluli lembut,perspek dan pvc.

1. Aluminium : - Diperbuat daripada bauksit - Digunakan dalam pembuatan kenderaan, tin minuman. - Sifatnya lembut, ringan, mudah dipotong dan mudah dibentuk. - Saiznya : 91.4 cmX182.8 cm dan 122 cmX244 cm.
2. Keluli Lembut - Diperbuat daripada campuran besi dan karbon. - Digunakan dalam pembuatan paku, dawai, tin dan pintu pagar. - Mudah dibentuk dan dipotong - Saiznya : 609.6 cmX13 cm dan 609.6 cmX91.4 cm

3. Perspek - Digunakan dalam pembuatan nombor plat kenderaan, peti surat dan cenderamata - Sifatnya bersih dan mudah dipotong - Saiz : 122 cmX244 cm dan 61 cmX 122 cm

4. PVC (polyvinyl chloride) - Dalam bentuk paip nipis dan tebal. - Saiz : 13 mm, 19 mm dan 25 mm

Kelebihan dan kelemahan bahan :
BAHAN KELEBIHAN KELEMAHAN
Aluminium • Ringan. Tak berkarat • Mudah dipotong dan dibentuk • Sukar dipateri • Tak tahan asid
Keluli Lembut • Lebih teguh dan boleh dipateri Berat, mudah karat

Perspek Ringan, mudah dipotong dan dibentuk Tak kalis haba, Mudah pecah

PVC Ringan, tak berkarat, murah, mudah dipotong Tak kalis haba, mudah pecah

1.2.2 JENIS-JENIS PENGIKAT

Pengikat ialah bahan yang digunakan untuk mencantumkan bahagian tertentu.

1. Ribet - Buat cantuman kekal pada projek - Diperbuat daripada kuprum, keluli dan aluminium - Saiz: 2.4mm, 3.2mm, 4.0mm, 4.8mm - Panjang ribet ialah 3mm, 6mm atau 1cm

2. Glu Panas - Mencantum komponen kekal - Mudah digunakan kerana cepat mencair dan cantuman yang kukuh. - Dicair menggunakan hot glue gun

3. Skru Benam Sendiri - Untuk mencantum kepingan nipis seperti logam, kepingan perspek dan papan lapis - Saiz : antara 6mm hingga 63mm

1.3 ALATAN TANGAN DAN MESIN

1.3.1 Nama dan Fungsi Alatan Tangan

Pisau pemotong perspek Digunakan untuk memotong perspek

Gandin getah Untuk mengetuk kepingan logam Bagi mengelakkan calar dan kemek

Penebuk pusat Mempunyai mata bersudut 60° Fungsinya untuk membuat tanda pada logam sebelum digerudi

Rivetter Alat khas memasang ribet Kerja meribet dilakukan pada kepingan logam, papan lapis, kanvas dan kulit

Hot glue gun Untuk memanaskan glu panas Memerlukan 3 • 5 minit untuk dipanaskan

Staple Gun Untuk merekat fabrik seperti kain, kanvas,PVC dan kulit.

1.3.2 NAMA DAN FUNGSI MESIN MUDAH ALIH

1. Mesin Gergaji Jig - Digunakan untuk kerja memotong bentuk lengkung, bulat, dan persegi - Bahagian utama gergaji jig adalah : a. Mata gergaji • memotong kayu b. Motor • menggerakkan gergaji

2. Cordless Screw Driver - Fungsinya memasang/menanggalkan skru - Bahagian utama : a. Bindu • memegang mata pemutar skru b. Pelaras putaran • mengubah arah putaran bindu c. Mata pemutar skru • untuk memasang skru

3. Sander - Untuk melelas dan menghasilkan permukaan yang licin, cantik dan rata. - Ada dua jenis sander : a. Finishing sander • untuk kerja ringan, hasilkan lelasan lebih halus dan licin b. Belt and disc sander • untuk kerja kasar, melelas bahagian tepi dan hujung permukaan - Bahagian utama sander : a. Tapak • tempat bahan pelelas dipasang b. Tuil pelaras • melaraskan gerakan tapak sander

1.3.3 MENGGUNAKAN DAN MENYENGGARA MESIN

Mesin mudah alih Kerja-kerja senggaraan Mesin gergaji jig Bersihkan mata, tapak dan motor mesin gergaji Ketatkan skru jika longgar Cordless screw driver Cas bateri selepas digunakan Bersihkan dengan semburan udara mampat Sander Bersihkan dengan semburan udara mampat Tukar pelelas jika telah haus atau terkoyak

1.4 PROSES REKABENTUK

1.4.1 LUKISAN PROJEK
Lukisan projek memberikan maklumat lengkap sesuatu projek. Melalui lukisan, rupa bentuk projek, dimensi, bahan, teknologi pembuatan dan peralatan yang akan digunakan dapat dikenal pasti.

1. Membuat Lakaran Rekabentuk a. Lakaran 3D - memberi gambaran sebenar projek - daripada lakaran 3D, panjang, lebar dan tinggi projek dapat diketahui - lakaran 3D boleh dibuat melalui lakaran oblik dan lakaran isometrik b. Lakaran 2D - menghuraikan lakaran projek dengan lebih terperinci - menunjukkan bentuk sebenar objek dalam dua pandangan, atau tiga pandangan iaitu pandangan atas(pelan), pandangan hadapan dan pandangan sisi. - lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik

2. Mendimensi Lakaran - Menunjukkan ukuran sebenar projek - Ukuran perlu dibuat dengan tepat dalam unit milimeter (mm).

3. Menilai dan Memilih Lakaran yang Paling Sesuai - lakaran terbaik dipilih sesudah penilaian dibuat.


1.4.2 PEMBINAAN 1. Mengukur - Ukur dengan peralatan seperti pita pengukur, pengukur keluli, pensil dan sesiku L 2. Menanda - Peralatan menanda adalah pisau penanda, pensil, penggarit dan penebuk pusat. - Bagi mengelakkan kesilapan pemotongan bahan dan rekabentuk. 3. Memotong - Peralatan memotong ialah gergaji besi, gunting besi dan pemotong perspek. 4. Membentuk - Membentuk dilakukan sebelum bahagian projek dipasang - Aktiviti membentuk ialah melengkung, melipat dan membengkok 5. Mencantum - Proses memasang bahagian yang telah dipotong dan dibengkokkan - Kerja-kerja mencantum ialah meribet, melekat dan menskru

1.4.3 KEMASAN Kemasan dilakukan supaya projek kelihatan cantik, tahan lama, berkualiti dan selamat digunakan

ALAT KEMASAN

1. Pengikis - Fungsinya mengikis permukaan bagi membuang cat lama dan tanda mengelupas.

2. Berus cat - Kegunaan untuk menyapu cat - Saiz ditentukan oleh kelebaran berusnya - Penggunaan saiz berus adalah berdasarkan saiz ruang yang akan dicat

3. Berus Syelek - Kegunaan untuk menyapu varnis, lekar, tona kayu dan syelek - Ada dua jenis iaitu berus jenis tangkai buluh dan jenis tangkai kayu

4. Kertas Las - Digunakan untuk melicinkan permukaan bahan - Dibezakan mengikut kekasaran dan kehalusannya - Kertas lan dan grednya: Gred Kasar/Halus 00 Paling halus 0 Halus 1 Sederhana 2 Kasar 3 Paling kasar

5. Tepung Penyumbat - Digunakan untuk menutup liang-liang atau celahan pada kayu - Dibancuh dengan air. Tujuannya supaya projek kelihatan kemas


BAHAN KEMASAN
• Mencantikkan projek/tahan lama

A. Cat Licau (cat kilat) - Menghasilkan permukaan licin, berkilat dan kalis air - Sesuai untuk kemasan luaran - Bahan pelarutnya ialah turpentin

B. Cat Sembur - Menggunakan penyembur, cepat kering

C. Syelek - Ada dua jenis iaitu bentuk kepingan dan cecair - Tidak tahan haba dan tidak kalis air - Bahan pelarutnya adalah spirit metil

D. Varnis - Kalis air dan haba - Hasilkan kemasan yang berkilat

E. Tona Kayu - Kalis air dan haba - Hasilkan kemasan yang cantik daan berkilat

F. Semburan Lekar Jernih - Kalis air dan kalis haba, ianya cepat kering

G. Pelekat - Pelbagai warna, bentuk dan corak - Kebanyakan pelekat mempunyai glu


1.4.4 MEMBUAT KEMASAN

1. Apabila membuat kemasan pada projek pastikan perkara berikut dipatuhi : a. Permukaan yang nak disapu mestilah bersih, bebas dari habuk, minyak atau karat b. Gosok dengan kertas las jika permukaan kotor, berkarat atau kasar c. Goncangkan tin atau bekas cat atau varnis sebelum digunakan d. jika guna cat semburan, sila sembur pada jarak 30cm dari projek e. Pastikan kemasan kering sebelum dicat berikutnya f. Sapu cat sehala sahaja mengikut urat kayu


.5 REKABENTUK PROJEK

1.5.1 PERNYATAAN MASALAH ATAU KEPERLUAN

A. Mengenalpasti Masalah Atau Keperluan - Supaya jalan penyelesaian dapat dicari

B. Mengumpulkan Maklumat Atau Data - Maklumat yang perlu dicari ialah rupa bentuk projek, bahan digunakan, saiz projek dan teknologi yang digunakan - Cara mengumpul maklumat ialah : 1. memerhatikan projek sedia ada 2. lawatan 3. perbincangan, meneliti bahan bacaan 4. internet

C. Menentukan Kriteria Reka Bentuk - Boleh berfungsi, mudah dibina - Selamat digunakan, kukuh dan stabil serta bernilai komersil

D. Menyenaraikan Alternatif Penyelesaian Dalam Bentuk Lakaran - Melakarkan beberapa jenis dan bentuk lakaran


1.5.2 PERANCANGAN, PEMBINAAN DAN PENGUBAHSUAIAN

A. Menentukan dan Merancang Pembinaan Projek

B. Menyediakan Jadual Kerja

C. Menyenaraikan Alatan Tangan, Bahan dan Mesin yang Diperlukan

D. Membina Projek Berdasarkan Lukisan Kerja yang Dipilih
E. Menguji dan Menilai Projek

F. Mengubahsuaikan Projek

1.5.3 PENDOKUMENTASIAN

A. Mengumpulkan dan Merekodkan Maklumat Projek - Maklumat yang disimpan ialah: a. pernyataan masalah b. lakaran projek c. lakaran projek yang dipilih d. senarai bahan, alatan dan mesin yang digunakan e. jadual kerja f. data pengujian dan penilaian g. maklumat pengubahsuaian h. kos projek

B. Mengira Kos Pengeluaran Projek Cara mengira kos pengeluaran : Kos Pengeluaran : Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhead Contoh Pengiraan : a. Kos bahan : RM8.25 b. Kos upah : RM14.95 c. Kos Overhead : RM0.70 Maka kos pengeluaran : Kos bahan+kos upah+kos overhead

C. Membuat Persembahan Projek - Kandungan persembahan ialah : a. nama projek b. lakaran rupa bentuk projek c. fungsi projek d. bahan, alatan dan mesin e. anggaran kos projek f. tempoh masa pembinaan projek g. teknologi yang digunakan

Nota Kompak KH Ting. 2 BAB2

BAB 2 : ELEKTRONIK

2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK

2.1.1 Diod Pemancar Cahaya (L.E.D)

A. CIRI-CIRINYA : - Dibuat dari bahan semikonduktor - Tidak mempunyai filamen dan membenarkan arus mengalir satu arah sahaja - Mempunyai kaki anod dan katod - kakiKatod : • Kaki yang pendek • cas negatif • Berhampiran permukaan rata dan bersambung dengan bahagian bentuk bendera - kaki Anod • Kaki yang panjang • Cas positif • Berhampiran permukaan tidak rata

B. FUNGSI DIOD PEMANCAR CAHAYA - Berfungsi menukar arus elektrik kepada cahaya - Cahaya terhasil digunakan sebagai penunjuk isyarat dalam alat seperti radio, televisyen dan komputer

C. KEBAIKANNYA - Isyarat cahayanya terang dan jelas - Menggunakan arus elektrik yang rendah - Tahan lama

2.1.2 Perintang

A. CIRI-CIRI - Ada 2 jenis iaitu perintang tetap dan perintang boleh laras - Tidak mempunyai kekutuban(tiada positif atau negatif)

B. FUNGSI - Mengawal dan mengehadkan aliran arus elektrik di dalam litar dan untuk mendapatkan susutan voltan dalam litar - Biasanya digunakan dalam pembinaan kebanyakan alat elektronik seperti litar radio, televisyen dan komputer

C. JENIS PERINTANG 1. Perintang Tetap - nilai rintangannya adalah tetap/tak boleh diubah. - ada 2 jenis perintang tetap ; iaitu perintang karbon dan perintang lilitan dawai - perintang karbon dibuat daripada serbuk karbon disalut penebat di luarnya - perintang lilitan dawai dibuat daripada lilitan dawai halus 2. Perintang Boleh Laras - nilai rintangannya boleh berubah - ada dua jenis iaitu reostat dan meter upaya - reostat dibuat dari lilitan dawai - meter upaya dibuat dari serbuk karbon - contoh alat yang menggunakannya ; mengawal suara dan cahaya dalam tv, radio dan komputer

D. UNIT ASAS NILAI RINTANGAN - Nilai rintangan disukat dalam unit ohm. Simbol bagi ohm adalah Ώ Unit asas 1 ohm Ώ 1 kilo ohm (kΏ) 1000 ohm 1 mega ohm (mΏ) 1000 k ohm atau 1,000,000 ohm