Sunday, February 4, 2007

Nota Kompak KH Ting. 2 BAB2

BAB 2 : ELEKTRONIK

2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK

2.1.1 Diod Pemancar Cahaya (L.E.D)

A. CIRI-CIRINYA : - Dibuat dari bahan semikonduktor - Tidak mempunyai filamen dan membenarkan arus mengalir satu arah sahaja - Mempunyai kaki anod dan katod - kakiKatod : • Kaki yang pendek • cas negatif • Berhampiran permukaan rata dan bersambung dengan bahagian bentuk bendera - kaki Anod • Kaki yang panjang • Cas positif • Berhampiran permukaan tidak rata

B. FUNGSI DIOD PEMANCAR CAHAYA - Berfungsi menukar arus elektrik kepada cahaya - Cahaya terhasil digunakan sebagai penunjuk isyarat dalam alat seperti radio, televisyen dan komputer

C. KEBAIKANNYA - Isyarat cahayanya terang dan jelas - Menggunakan arus elektrik yang rendah - Tahan lama

2.1.2 Perintang

A. CIRI-CIRI - Ada 2 jenis iaitu perintang tetap dan perintang boleh laras - Tidak mempunyai kekutuban(tiada positif atau negatif)

B. FUNGSI - Mengawal dan mengehadkan aliran arus elektrik di dalam litar dan untuk mendapatkan susutan voltan dalam litar - Biasanya digunakan dalam pembinaan kebanyakan alat elektronik seperti litar radio, televisyen dan komputer

C. JENIS PERINTANG 1. Perintang Tetap - nilai rintangannya adalah tetap/tak boleh diubah. - ada 2 jenis perintang tetap ; iaitu perintang karbon dan perintang lilitan dawai - perintang karbon dibuat daripada serbuk karbon disalut penebat di luarnya - perintang lilitan dawai dibuat daripada lilitan dawai halus 2. Perintang Boleh Laras - nilai rintangannya boleh berubah - ada dua jenis iaitu reostat dan meter upaya - reostat dibuat dari lilitan dawai - meter upaya dibuat dari serbuk karbon - contoh alat yang menggunakannya ; mengawal suara dan cahaya dalam tv, radio dan komputer

D. UNIT ASAS NILAI RINTANGAN - Nilai rintangan disukat dalam unit ohm. Simbol bagi ohm adalah Ώ Unit asas 1 ohm Ώ 1 kilo ohm (kΏ) 1000 ohm 1 mega ohm (mΏ) 1000 k ohm atau 1,000,000 ohm

No comments: